Tuesday 27 August 2013

GEMPAQ; Suri Rumah dirogol lelaki yang mahu mengajarnya solat

] SETIU- Hasrat seorang wanita berusia 23 tahun untuk belajar solat daripada seorang lelaki berusia 51 tahun menjadi detik malang buat wanita berkenaan apabila lelaki itu didakwa merogolnya.
Dalam kejadian di rumah mangsa pada malam Selasa lalu di Kampung Tapah, Chalok Barat di sini, mangsa yang juga suri rumah mendakwa dirogol lelaki yang datang ke rumahnya menggunakan alasan mahu mengajar mangsa solat.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berada di rumahnya menghubungi suspek yang dikenali sebagai Pok Mat kira-kira jam 7.30 malam untuk menyelesaikan masalah keluarga.
Menurutnya, mangsa yang tidak bekerja kemudian keluar bersama suaminya berusia 30-an dan berjumpa dengan suspek.
“Apabila perbincangan selesai selang beberapa minit kemudian, suami mangsa pergi menggunting rambutnya di sebuah kedai berhampiran sementara mangsa pulang ke rumahnya bersama suspek berusia 51 tahun dengan menaiki motosikal selepas lelaki terbabit memberi alasan mahu mengajar mangsa bersolat.
“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju pulang bersama suspek dan sebaik tiba di rumah, dia diminta suspek memakai kain sarung sebelum meminta tidur di atas tilam, seterusnya dirogol,” katanya.
Beliau berkata, susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chalok, Setiu pada keesokan harinya dan suspek juga dari kampung sama ditahan kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.
SAMBUNG BACAAN....

No comments:

Post a Comment

Ping URL anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS

Busuk.com

Rekaanku