Sunday 13 October 2013

Obama, Republikan sedia tamatkan krisis


TAUFAN NARI DI FILIPINA: 12 maut, empat masih hilang

WASHINGTON: Presiden Barack Obama dan para pemimpin Republikan kelihatan bersedia menamatkan krisis politik yang menyebabkan sebahagian besar operasi pemerintah Amerika Syarikat ditutup dan hampir gagal memenuhi tanggungan hutangnya.
Ini selepas mereka bertemu di Rumah Putih, semalam.
Tidak ada perjanjian yang dicapai dalam mesyuarat selama 90 minit itu tetapi rundingan masih diteruskan hingga malam dalam usaha untuk membuka semula operasi pemerintah dan melanjutkan tempoh kuasa pinjaman negara itu melepasi tarikh penutup 17 Oktober ini.
Seorang pemimpin kanan Republikan berkata, satu perjanjian mungkin dicapai hari ini walaupun masih terdapat beberapa halangan.
Kedudukan parti Republikan yang semakin merosot dalam tinjauan pandangan awam mungkin membantu merangsang langkah ke arah menamatkan kebuntuan itu, kata wakil Republikan Oklahoma, Encik James Lankford, yang disiarkan melalui stesen televisyen CNN, semalam.
Tinjauan terbaru yang diterbitkan stesen televisyen NBC dan akhbar Wall Street Journal, semalam, menunjukkan pihak awam menyalahkan perwakilan Republikan.
Sokongan bagi parti itu merosot sebanyak 22 peratusan mata - iaitu daripada 53 peratus kepada 31 peratus.
Mesyuarat Encik Obama dengan para pemimpin Republikan itu merupakan isyarat pertama bahawa pertikaian selama 10 hari itu, yang menjejas pasaran kewangan dan menyebabkan ratusan ribu pekerja awam terpaksa tidak bekerja, akan reda.
"Ia satu perbincangan yang (mencerminkan sikap) amat dewasa," kata wakil Republikan, Encik Hal Rogers, yang menghadiri mesyuarat itu.
"Kedua-dua pihak berkata mereka ke sana secara jujur," tambahnya.
Dalam mesyuarat itu, pihak Republikan menawarkan untuk membenarkan tempoh kuasa pinjaman pemerintah Amerika bagi beberapa minggu lagi, mungkin seawal minggu depan.
Ini sekali gus mengelakkan suasana yang mungkin melihat negara itu gagal melunaskan hutang, sekurang-kurangnya buat sementara waktu.
Encik Obama juga mendesak untuk membuka semula operasi pemerintah yang ditutup sejak 1 Oktober lalu.
Pihak Republikan nampaknya cuba mengelak daripada membincangkan pembaharuan dan perbelanjaan program jagaan kesihatan Encik Obama - isu yang mencetuskan krisis itu.
Sebaliknya, rundingan tertumpu pada sejauh mana had pinjaman boleh dilanjutkan dan pembiayaan bagi membuka semula operasi pemerintah, menurut para pemimpin Republikan.
Kedua-dua pihak sedang berusaha "menetapkan batas" untuk melihat sama ada mereka boleh mencapai kemajuan, kata wakil Republikan, Encik Pete Sessions, yang juga salah seorang anggota kepimpinannya. SAMBUNG BACAAN..

No comments:

Post a Comment

Ping URL anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS

Busuk.com

Rekaanku