Sunday 13 October 2013

Obama, Republikan sedia tamatkan krisis


TAUFAN NARI DI FILIPINA: 12 maut, empat masih hilang

WASHINGTON: Presiden Barack Obama dan para pemimpin Republikan kelihatan bersedia menamatkan krisis politik yang menyebabkan sebahagian besar operasi pemerintah Amerika Syarikat ditutup dan hampir gagal memenuhi tanggungan hutangnya.
Ini selepas mereka bertemu di Rumah Putih, semalam.
Tidak ada perjanjian yang dicapai dalam mesyuarat selama 90 minit itu tetapi rundingan masih diteruskan hingga malam dalam usaha untuk membuka semula operasi pemerintah dan melanjutkan tempoh kuasa pinjaman negara itu melepasi tarikh penutup 17 Oktober ini.
Seorang pemimpin kanan Republikan berkata, satu perjanjian mungkin dicapai hari ini walaupun masih terdapat beberapa halangan.
Kedudukan parti Republikan yang semakin merosot dalam tinjauan pandangan awam mungkin membantu merangsang langkah ke arah menamatkan kebuntuan itu, kata wakil Republikan Oklahoma, Encik James Lankford, yang disiarkan melalui stesen televisyen CNN, semalam.
Tinjauan terbaru yang diterbitkan stesen televisyen NBC dan akhbar Wall Street Journal, semalam, menunjukkan pihak awam menyalahkan perwakilan Republikan.
Sokongan bagi parti itu merosot sebanyak 22 peratusan mata - iaitu daripada 53 peratus kepada 31 peratus.
Mesyuarat Encik Obama dengan para pemimpin Republikan itu merupakan isyarat pertama bahawa pertikaian selama 10 hari itu, yang menjejas pasaran kewangan dan menyebabkan ratusan ribu pekerja awam terpaksa tidak bekerja, akan reda.
"Ia satu perbincangan yang (mencerminkan sikap) amat dewasa," kata wakil Republikan, Encik Hal Rogers, yang menghadiri mesyuarat itu.
"Kedua-dua pihak berkata mereka ke sana secara jujur," tambahnya.
Dalam mesyuarat itu, pihak Republikan menawarkan untuk membenarkan tempoh kuasa pinjaman pemerintah Amerika bagi beberapa minggu lagi, mungkin seawal minggu depan.
Ini sekali gus mengelakkan suasana yang mungkin melihat negara itu gagal melunaskan hutang, sekurang-kurangnya buat sementara waktu.
Encik Obama juga mendesak untuk membuka semula operasi pemerintah yang ditutup sejak 1 Oktober lalu.
Pihak Republikan nampaknya cuba mengelak daripada membincangkan pembaharuan dan perbelanjaan program jagaan kesihatan Encik Obama - isu yang mencetuskan krisis itu.
Sebaliknya, rundingan tertumpu pada sejauh mana had pinjaman boleh dilanjutkan dan pembiayaan bagi membuka semula operasi pemerintah, menurut para pemimpin Republikan.
Kedua-dua pihak sedang berusaha "menetapkan batas" untuk melihat sama ada mereka boleh mencapai kemajuan, kata wakil Republikan, Encik Pete Sessions, yang juga salah seorang anggota kepimpinannya. SAMBUNG BACAAN..

Saturday 5 October 2013

Seks semasa Hamil

 
Sekiranya anda seorang yang normal dan tidak mempunyai sebarang masalah semasa hamil, seks adalah selamat pada semua peringkat kehamilan. Kehamilan yang normal termasuk mereka yang tidak berisiko untuk keguguran dan kelahiran pra-matang.
Wanita hamil selalunya takut yang seks boleh menimbulkan kesan buruk kepada bayi dan berfikir yang ia boleh menyakitkan bayi. Jangan risau, bayi sebenarnya dilindungi oleh lapisan tisu air ketuban didalam rahim yang menghalang jangkitan kuman, gegaran atau geseran yang mungkin berlaku semasa hamil.
Ada juga pasangan yang risau yang seks mungkin menyebabkan isteri mereka sakit dan tidak bernafsu semasa hamil. Yang sebenarnya, nafsu mungkin meningkat semasa hamil bagi sesetengah wanita. Berbincanglah dengan pasangan anda tentang kehendak dan naluri masing-masing.

Bila seks menjadi tidak selamat:

  • Sekiranya anda mengalami keguguran berulang
  • Sekiranya anda pernah mengalami kelahiran pra-matang
  • Sekiranya anda didiagnoskan mengalami Placenta Previa atau uri bawah
  • Sekiranya air ketuban anda sudah pecah
  • Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj
  • Sekiranya anda dan pasangan mengalami jangkitan kuman kelamin
  • Sekiranya anda hamil kembar dan pada peringkat akhir kehamilan
    SAMBUNG BACAAN

Polis serbu rumah ketua militan Moro

ENCIK MISUARI: Tidak ada di kediamannya ketika serbuan. - Foto fail AP
ZAMBOANGA: Polis Filipina telah menyerbu ke rumah ketua sebuah kumpulan pemisah Islam, yang didakwa mendalangi satu serangan gerila membawa maut di sebuah bandar selatan Filipina baru-baru ini, sambil merampas beberapa dokumen dan barangan lain dalam operasi pagi semalam itu, kata seorang pegawai.
Ketua Inspektor Ariel Huesca memberitahu agensi berita AFP bahawa para pegawai pihak berkuasa telah menggunakan bahan letupan untuk memasuki pekarangan kediaman milik Encik Nur Misuari yang dikunci itu di pinggir bandar Zamboanga.
"Polis Kebangasan Filipina terpaksa memasuki pekarangan itu. Tiada seorang pun ditangkap," kata Encik Huesca, yang juga jurucakap bagi pihak polis di wilayah selatan Filipina itu, sambil menambah bahawa Encik Misuari tidak ada di tempat tersebut ketika itu.
Polis telah meminta pihak pendakwa raya supaya mengenakan dakwaan ke atas Encik Misuari dan para pengikutnya, yang bertempur dengan pihak polis dan askar Filipina di Zamboanga pada bulan lalu, yang menyebabkan 200 orang terbunuh.
Encik Misuari dituduh mengerahkan para pengikutnya dari Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang bersenjata ke Zamboanga pada 9 September lalu untuk cuba menghalang satu perjanjian damai yang dirancang antara pemerintah Filipina dengan sebuah kumpulan pesaingnya.
Pemerintah Filipina menuduh kumpulan bersenjata itu menahan tebusan awam dan membakar lebih 10,000 rumah.
Ia mengisytiharkan telah dapat mematahkan tindakan kumpulan pemisah itu pada Sabtu lalu dan berjaya membebaskan baki 195 tebusannya.
Encik Huesca berkata pihak polis telah diarahkan menangkap Encik Misuari dan merampas bekalan senjatan yang telah disimpan di pekarangan kediamannya yang dikepung oleh dinding tinggi di sebuah daerah perumahan golongan pertengahan, kira-kira tujuh kilometer dari tempat kejadian pertempuran.
Para penyiasat telah merampas beberapa dokumen dan "barangan lain" daripada hartanah milik Encik Misuari itu, kata beliau, tetapi enggan memberi butir lanjut mengenainya.
Kumpulan-kumpulan pemisah Islam telah berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan atau status autonomi di selatan Filipina - sebuah negara yang mempunyai majoriti penganut Kristian Katolik - sejak 1970-an.
Dianggarkan sekitar 150,000 orang maut dalam konflik yang berpanjangan itu.
MNLF, yang diasaskan oleh Misuari, pernah menandatangani satu perjanjian damai pada 1996, yang membolehkan puak minoriti di selatan Filipina itu mentadbir diri mereka secara terbatas.
Namun, kumpulan itu menentang satu perjanjian damai yang dirancang antara pemerintah Filpina dengan satu lagi kumpulan pemisah, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), yang dilihatnya telah meminggirkan Encik Misuari.
SAMBUNG BACAAN ANDA.....

Ping URL anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS

Busuk.com

Rekaanku